MAI KLIK

Thursday, 20 September 2012

Cover Photo
RINGKASAN SEJARAH:
Laksa Langkawi adalah antara makanan yang menjadi pilihan dikalangan masyarakat di sekitar pasar malam kawasan Cheras, Kuala Lumpur. Pada mulanya perniagaan Laksa Langkawi beroperasi pada tahun 1996 oleh Tuan Mohd Sobri Bin Haji Che Mes atau lebih dikenali sebagai Ayahanda Pak Awie . Laksa Langkawi semakin terkenal apabila Pak Awie mula menerima tempahan untuk majlis-majlis perkahwinan, hari jadi, pertunangan, majlis rumah terbuka hari raya serta berbagai-bagai lagi majlis. Laksa utara versi asal dari Langkawi ini berbeza dengan laksa utara yang biasa. Resipi Laksa Langkawi ini adalah ianya dimasak dengan ikan segar yang dipilih untuk dijadikan kuah iaitu dari jenis ikan temenung (ikan kembung). Kuahnya yang pekat dan isi ikannya akan membuatkan pelanggan berpuas hati sehingga kini. Kuah laksa tidak akan sempurna jika tidak dimasukkan bunga kantan, hirisan asam keping dan daun kesum. Ia juga dihidangkan dengan beberapa jenis ulaman seperti daun selom / (salad), timun, bawang besar, cili merah (cabai merah) yang dipotong nipis dan lada burung (cili padi atau cabai Melaka). Dan tidak lupa otak udang (petis/sauce paste) diatas permintaan pelanggan.
 
Laksa Langkawi yang Original di sekitar Kuala Lumpur boleh didapati di pasar malam:
Isnin              = Cuti (dalam proses permohonan tapak di Pasar Malam Taman Len Seng Cheras @ sebelah Murtabak Langkawi)
Selasa            = Pasar Malam Bandar Tun Razak, Cheras (belakang BHP / tapak semaian baharum)
Rabu              = Pasar Malam Desa Tasik, Tasik Selatan (flat awam tasik selatan)
Khamis         = Pasar Malam Bandar Tun Razak (Padang Bola Sepak Bandar Tun Razak) Cheras.
Jumaat          = Cuti
Sabtu             = Pasar Malam Sungai Besi (berhampiran LRT sg.besi / Masjid Jamek Sg. Besi / Balai Polis Sg. Besi)
Pasar Malam Bandar Tun Razak (Padang Bola Sepak Bandar Tun Razak) Cheras.
Ahad             = Cuti
 
Kini, perniagaan yang diterajui Pak Awie dalam proses terus berkembang dan Pak Awie kini berhasrat untuk membuka sebuah kafe yang dinamakan Laksa Langkawi Cafe. Di Cafe ini Pak Awie merancang untuk fokus terhadap jualannya. Cafe ini beroperasi pada setiap hari iaitu bermula pada jam 11.00 pagi hingga 11.00 malam. Sekiranya anda berminat untuk membuat tempahan untuk majlis, sila buat tempahan awal selewat-lewatnya 1 minggu sebelum hari majlis melalui telefon (call/sms) atau e-mail di laksalangkawi@gmail.com dan berikan maklumat lengkap seperti nama, alamat, dan nombor telefon. Penghantaran untuk tempahan majlis adalah bergantung pada rundingan.
 
LIKE us on Facebook : Laksa Langkawi Cafe

Untuk Tempahan, Sila Hubungi :
Pak Awie    : 017-6663596 / 019-6783118
SMS Order  : 018-2134772

Kunjungi Website kami di www.laksalangkawi.com.my
 

No comments:

Post a Comment