

RINGKASAN SEJARAH:
Laksa Langkawi adalah antara makanan
yang menjadi pilihan dikalangan masyarakat di sekitar pasar malam kawasan
Cheras, Kuala Lumpur. Pada mulanya perniagaan Laksa Langkawi beroperasi pada
tahun 1996 oleh Tuan Mohd Sobri Bin Haji Che Mes
atau lebih dikenali sebagai Ayahanda Pak Awie .
Laksa Langkawi semakin terkenal apabila Pak Awie mula menerima tempahan untuk
majlis-majlis perkahwinan, hari jadi, pertunangan, majlis rumah terbuka hari
raya serta berbagai-bagai lagi majlis. Laksa utara versi asal dari Langkawi ini
berbeza dengan laksa utara yang biasa. Resipi Laksa Langkawi ini adalah ianya dimasak
dengan ikan segar yang dipilih untuk dijadikan kuah iaitu dari jenis ikan
temenung (ikan kembung). Kuahnya yang pekat dan isi ikannya akan membuatkan
pelanggan berpuas hati sehingga kini. Kuah laksa tidak akan sempurna jika tidak
dimasukkan bunga kantan, hirisan asam keping dan daun kesum. Ia juga dihidangkan dengan beberapa jenis ulaman
seperti daun selom / (salad), timun, bawang besar, cili merah (cabai merah)
yang dipotong nipis dan lada burung (cili padi atau cabai Melaka). Dan tidak
lupa otak udang (petis/sauce paste) diatas permintaan pelanggan.
Laksa Langkawi yang Original di
sekitar Kuala Lumpur boleh didapati di pasar malam:
Isnin = Cuti (dalam proses permohonan
tapak di Pasar Malam Taman Len Seng Cheras @ sebelah Murtabak Langkawi)
Selasa =
Pasar Malam Bandar Tun Razak, Cheras (belakang BHP / tapak semaian baharum)
Rabu = Pasar Malam Desa Tasik, Tasik
Selatan (flat awam tasik selatan)
Khamis =
Pasar Malam Bandar Tun Razak (Padang Bola Sepak Bandar Tun Razak) Cheras.
Jumaat =
Cuti
Sabtu = Pasar Malam Sungai Besi
(berhampiran LRT sg.besi / Masjid Jamek Sg. Besi / Balai Polis Sg. Besi)
Pasar Malam Bandar Tun Razak (Padang
Bola Sepak Bandar Tun Razak) Cheras.
Ahad = Cuti
Kini, perniagaan yang diterajui Pak
Awie dalam proses terus berkembang dan Pak Awie kini berhasrat untuk
membuka sebuah kafe yang dinamakan Laksa Langkawi Cafe.
Di Cafe ini Pak Awie merancang untuk fokus terhadap
jualannya. Cafe ini beroperasi pada setiap hari iaitu bermula pada jam 11.00
pagi hingga 11.00 malam. Sekiranya anda berminat untuk membuat tempahan untuk
majlis, sila buat tempahan awal selewat-lewatnya 1 minggu sebelum hari majlis
melalui telefon (call/sms) atau e-mail di laksalangkawi@gmail.com dan
berikan maklumat lengkap seperti nama, alamat, dan nombor telefon. Penghantaran
untuk tempahan majlis adalah bergantung pada rundingan.
LIKE us on Facebook
:
Laksa Langkawi Cafe
Untuk Tempahan, Sila Hubungi :
Pak Awie :
017-6663596 / 019-6783118